Friday, November 18, 2011

Penghujung Cintaku... (Part 2) End...

Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan, kita tidak mampu untuk melawan takdir dan biarkanlah sahaja takdir yang akan menentukan segalanya. Kadangkala kita hanya mampu tertawa bila mengenangkan kembali kisah perhubungan yang telah terjalin sekian lama.


Walaupun ia bukanlah hubungan cinta namun ikatan yang begitu akrab itu membuatkan kita terasa adakah ini realiti atau fantasi. Memang benar daripada dahulu sampai saat ini aku masih belum temui cinta sejati yang betul-betul dapat memberikanku kenikmatan dan kebahagiaan.


Cinta datang dan pergi tanpa disedari bilakah ianya berputik dan sampai masanya akan berakhir jua. Aku bingung dalam melayari hari tanpa mengenal erti cinta yang sebenar kerana yang pahit akan manis juga akhirnya dan begitu juga sebaliknya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang akan menentukan segalanya.


Tanpa perlu mengungkap kalimah cinta dikau terus pergi meninggalkanku begitu sahaja. Bagai tiada destinasi yang ingin ku jejaki akhirnya terhenti di sini setelah hati ku kau curi. Mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama tapi izinkanlah ku untuk memperbetulkan keadaan kerana ini berpunca akibat salah faham cuma.


Terus-terang aku menagaku masih sayang dan mencintai dirimu tapi aku memang tak sanggup untuk kehilanganmu. Janganlah kau katakan yang kita memang dah tak boleh berhubung lagi kerana sukar bagiku menerima keputusan yang memilukan ini.


Aku ingin kamu menemani kesunyian hari-hariku kerna mungkin ia akan berseri dan indah dengan kehadiranmu. Percayalah sayang jauh di dalam sanubariku yang ku inginkan hanyalah kamu yang selalu berada di hatiku.


Tapi aku memang tidak bisa mengubah apa yang telah kau lafazkan kerna ujaranmu betul-betul membuatkanku terluka dan kecewa. Belum sempat untukku mengenali dirimu dengan lebih mendalam lantas kau pergi meninggalkanku sendiri.


Memang semua ini akan berakhir kerana aku takkan pernah merasai percintaan dengan dirimu tapi berilah ku kesempatan untuk mengujar aku cinta padamu selalu dan izinkanlah aku untuk menatap matamu dan mengamati senyuman manis di bibirmu.


Walau aku tahu kau memang takkan pernah menerima cintaku tapi sekurang-kurangnya cukuplah bagiku jika dapat melihatmu dari jauh pandanganku. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa dirimu kerana ku amat memerlukanmu mengisi ruang kekosongan di hatiku.


Kenangan dan saat indah kita bersama akanku abadikan dalam memoriku. Aku akan jadikan dirimu sebagai inspirasi hidupku kerna kau pun tahu betapa aku amat menyayangimu. Kamu takkan pernah mengerti betapa tulus ku mencintaimu sepenuh hatiku.


Aku memang tak mengerti mengapa semua ini terjadi antara kita berdua kerna pada mulanya kita amat serasi bila bersama. Suaramu akan tetap terngiang di dalam ingatanku dan akanku merasai detik yang ku pernah luangkan bersama kamu.


Kerana salah sangka kau menyisihkan diriku setelah kian lama ku pendamkan perasaan di lubuk hatiku. Kini kau pergi dan ku tak mampu untuk memberikan jawapan yang pasti tentang perasaanku terhadapmu lagi. Dikau akan sentiasa dekat di dalam hatiku walau dirimu jauh di mata saat ku menghampirimu.


Pergilah sayang kerana dua hati kita takkan mungkin menyatu. Ku berdoa agar kau sentiasa bahagia tidak kira di mana kau berada. Semoga kau temui cinta yang suci dan kebahagiaan yang menanti dirimu. Aku turut berasa bahagia bila engkau tertawa dan gembira....









Saturday, October 29, 2011

Penghujung Cintaku... (Part 1)

Pertemuanku dengan dirimu tidak pernah dirancang kerana aku tahu yang kamu begitu mempesonakanku dengan penampilan dan tutur bahasamu membuatku berasakan begitu indah andainya ku bisa memilikimu.


Setiap kali aku selalu memikirkanmu sehingga aku terus membayangimu untuk muncul di dalam mimpi-mimpi indahku tanpa aku sedari yang dirimu begitu istimewa saat ku menatap matamu.


Saat yang berputar ku rasakan bagaikan terhenti seketika bila ku memandang wajahmu dengan raut wajah yang ayu sudah cukup untuk membuatku terus berharap agar ku bisa menjadi temanmu.


Langkah demi langkah ku harungi tidak pernah langsung aku membiarkanmu terus luput dari ingatanku kerna hanya dirimu yang bisa menjadikan diriku bagai berada di dunia khayalanku.


Aku mahukan kamu menemani hari-hariku supaya aku tidak hanya bermimpi di siang hari kerana jauh di sudut hatiku aku terlalu mengiginkanmu bertakhta di hatiku selalu.


Percayalah aku hanya mencintai dirimu walau kau tak bisa menerima cintaku tapi izinkanlah aku untuk bersama denganmu walau sedetik lebih.


Cintaku hanya padamu kerana aku belum berasakan yang hatiku begitu tertarik dengan keperibadianmu membuatku terus hanyut dalam duniaku sendiri.


Aku mengerti andai kau tak sudi untuk menghampiri diriku tapi mengapa kau pergi setelah kau mengetahui betapa aku mencintai dirimu.


Andai ku bisa putarkan waktu akan ku kembali ke masa lalu dan akanku meluahkan apa yang terpendam di lubuk hatiku supaya kau memahami bahawa aku tulus mencintaimu.


Walau sejauh mana dirimu pergi namun aku tetap menyayangimu kerna aku tak bisa melupakanmu dan aku takkan pernah menghapuskan perasaanku padamu.


Mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersatu tapi aku selalu berharap agar kau bisa menerimaku pada satu hari nanti.


Fahamilah apa yang tersirat di hatiku benar-benar mengatakan cintaku padamu yang takkan pernah padam dan takkan pernah layu.


Mengertilah betapa aku mencintaimu kerana ku tak dapat teruskan hidup ini jika tanpamu berada di sisiku dan tanpamu mengisi kekosongan di hatiku.


Berikanlah aku kesempatan untuk terus mencintaimu kerana aku takkan pernah menyakiti hatimu sekiranya kau izinkan ku untuk menakluki hatimu.

Sekiranya kau menjadi milikku maka akan ku berikan segala kebahagiaanku kepadamu dan akan ku hapuskan segala kesedihanmu.



Andai kau sudi menerimaku sebagai teman istemewamu maka akan ku hiasi hari-harimu dengan penuh keceriaan agar kau selalu tertawa dan gembira.


Sungguh ku tak sanggup kehilanganmu kerana berat hati ku untuk melupakan saat-saat indah yang pernah aku laluli ketika bersamamu.

Percayalah cintaku ini kerana aku mahukan dirimu menjadi milikku untuk kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak.


Aku akan selalu menjagamu, menyayangimu dan mencintaimu sekiranya kau sudi memberikan ruang untukku di dalam hatimu.


Aku akan selalu mempertahankan cintaku padamu seandainya cinta kita akan bertahan sehingga ke jinjang pelamin.


Aku akan selalu menemani hari-harimu jika kamu sudi mencintaiku seperti aku mencintai dirimu dan takkan pernah aku biarkan dirimu diselubungi kesedihan.


Aku akan selalu membahagiakanmu dan akan menghapuskan air matamu kerana aku mahu dirimu sentiasa indah dan ceria selalu.



Aku akan selalu mencintai dirimu dan akan terus menyayangi kamu setiap detik dan waktu sehingga ke akhir hayatku.....

Tuesday, October 4, 2011

Hanya Dirimu Dalam Hatiku

Cukuplah sudah kau ucapkan apa yang terpendam
Biarkan saja semua berakhir kerna ku tak mampu
Pertahan cinta yang telah lama terjalin

Mengapa kau katakan diriku takkan pernah bisa hadir
Mengapa kau biarkan semuanya terus berakhir

Ku tak mengerti apa yang telah terjadi
Kerna ku masih mencintai dirimu
Walau berat untukku mengotakan janji
Namun hanya dirimu dalam hatiku

Lepaskanlah semua perkara yang terindah pernah terjadi
Ku tak ingin lagi teruskannya bila kau menolak diriku
Lupakanlah saja apa yang telah terjadi antara kita
Ku tak mahu meratapi nasibku yang telah kehilangan cinta

Ku tak sanggup untuk teruskan hidup tanpa dirimu
Ku perlu dirimu di dalam hatiku untuk selamanya

Mengertilah sayang aku amat rindukan belaianmu
Hanya ku mahu dirimu saja menemani hari hari ku
Walau perit untuk ku telan namun tak pernah aku menyesal
Mengenalimu adalah anugerah yang paling indah buatku

Ku fahami dirimu akan pergi meninggalkanku
Sedarilah ku kan terus mencintaimu
Walau kita tak akan lagi pernah bersama
Akan ku hiasi namamu di dalam hatiku buat selamanya


Saturday, July 23, 2011

Mencintai dan Dicintai...

Mencintai dan dicintai....
Bunyinya hampir sama tapi punya maksud yang berbeza....


Mencintai itu adalah bila kita dengan tulus ikhlas mencintai seseorang dengan penuh rasa kasih sayang dan hanya dia sahaja yang bertakhta di hati dan dapat memberikan segala kebahagiaan....

Dicintai pula bila kita secara diam-diam atau terus telah dicintai oleh seseorang yang selama ini telah menaruh harapan dan menyimpan perasaan terhadap kita tapi tidak berani untuk meluahkannya....

Bila kita mula mencintai seseorang tak kira sama ada kita suka akan rupa parasnya yang cantik dan indah atau selainnya, kita harus tahu bahawa cinta juga tak mungkin pernah kita miliki kerana ada kalanya perasaan kita hanya bertepuk sebelah tangan sahaja kerana si dia sukar menerima kehadiran kita dalam hidupnya...

Lain pula situasinya bila kita dicintai oleh seseorang kerana kadang-kala adalah lebih baik bila kita dicintai daripada mencintai seseorang, perhubungan kita mungkin akan kekal lama kerana si dia telahpun mengurniakan cinta kepada kita dengan sepenuh hatinya dan kita haruslah membalas cinta itu dan menerima si dia dengan seadanya....

Mencintai seseorang bukanlah mudah kerana ia melibatkan dua hati, bila masing-masing dapat menerima erti cinta yang sebenar maka barulah kita akan dapat menikmati keindahan cinta itu sendiri tetapi haruslah kita berwaspada agar tidak terlalu taksub dengan cinta sehingga menyerahkan segala-galanya...

Dicintai seseorang mungkin pada pandangan kita terlalu sukar untuk menerima tetapi percayalah bahawa mungkin si dia adalah jodoh yang terbaik untuk kita, setelah lama kita berusaha untuk mendapatkan cinta maka tidak salah sekiranya menerima kehadiran cinta daripada seseorang yang kita kenali ataupun tidak...

Mencintai dan dicintai seseorang haruslah mengerti bahawa jika kita benar-benar dapat memahami perasaan hati dan dapat memberikan cinta sepenuh hati, maka kita tidak perlu risau kerana cinta itu adalah milik kita dan pastinya pasangan kita akan turut berasa bahagia bila kita sentiasa di sampingnya....

Perasaan cinta yang suci akan hadir bila kita pandai memilih masa yang sesuai untuk bertemu si dia dan kita dapat memberikan hadiah setiap kali kita bertemunya lantas membuatkan dirinya merasa begitu dihargai, akan tetapi haruslah diingat bahwa cinta sejati itu hanya akan datang bila kita betul-betul ikhlas mencintai si dia lantas menjadikan dia zaujah yang istimewa di dalam hati dan menjadikannya kekasih halal dalam hidup kita....

Setiap perhubungan mestilah berakhir dengan kebahagiaan dan ia akan datang bila kita berjaya mendirikan rumahtangga yang bahagia dan mendapat cahaya mata yang sempurna, cinta begitu indah bila sama-sama berkongsi hidup, bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain barulah nanti kebahagiaan akan menjadi milik kita sehingga ke ahir hayat....

Wednesday, June 1, 2011

Seandainya Masih Ada Cinta

Bila berbicara tentang cinta semua akan teruja dan terasa bahagia seandainya dapat mencintai dan dicintai oleh seseorang. Tetapi benarkah cinta itu boleh membawa bahagia atau ia sekadar ungkapan manis di bibir sahaja. Seandainya cinta itu ada di dalam diri setiap insan maka indahnya nikmat yang dapat dirasai bila seseorang mula jatuh cinta. Namun bukan mudah bagi kita menilai apakah sebenarnya cinta itu wujud dalam diri kerana kita tidak tahu bila masanya ia akan hadir dalam hidup kita. Sekiranya kita hanya berpura-pura mencintai seseorang maka sebenarnya kita telah menipu diri kita sendiri kerana sememangnya ia adalan permainan perasaan kita sendiri. Akan tetapi cinta itu begitu indah jika kita benar-benar dapat merasa akan kewujudannya.

Sesungguhnya cinta itu lahir daripada hati kita yang tulus mencintai dan dengan itu kita juga bisa dicintai secara tulus oleh pasangan kita. Segalanya bermula dengan keinginan kita akan apa yang kita kerjakan. Dapatkah kita memegang segala janji yang telah diungkapkan atau ianya hanya sekadar omongan kosong yang tidak bermakna. Seandainya kita mengerti akan betapa pentingnya kebahagiaan dalam hidup kita maka dengan mudah kita akan dapat melakukan apa yang terbaik untuk membuat seseorang itu berasa bahagia. Kadang-kadang sukar untuk kita bezakan apakah cinta yang lahir itu hanya sekadar menguji kemampuan kita apakah kita dapat memberikannya dan menjaga hati seseorang yang kita cintai itu.

Perbezaan pendapat dan pertelingkahan seringkali menjadi punca kepada perpisahan sebuah cinta yang disemai sekian lama akhirnya musnah begitu sahaja. Dapatkah kita mempertahankan cinta yang telah dibina dari dua hati yang telah bersatu dan berjanji untuk hidup bersama selamanya. Kita mungkin menyalahkan takdir atas apa yang berlaku dimana kita tidak merasa bahagia sebaliknya derita yang kita temui. Janganlah kita sesali apa yang telah terjadi kerana semua kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Usah mempertikaikan apa yang telah terjadi sebaliknya kita redha dengan ketentuanNya kerna kita hanya mampu merancang sebaliknya hanya Dia yang menentukan segalanya.

Seandainya masih ada cinta dalam diri kita maka carilah yang terbaik untuk kita kerana apa sahaja keputusan kita akan membawa segala perubahan pada diri kita kelak. Jangan cepat melatah dan jangan mudah menyerah kerana apa yang terbaik untuk kita adalah mencari di mana kelemahan kita agar dapat diperbaiki supaya kita tidak tersilap langkah lagi dalam mencari erti cinta yang sebenar. Andai sudah ditakdirkan suatu hari nanti kita akan menemui jodoh kita maka berdoalah agar kita diberi kesempatan dan peluang untuk mencari cinta hati kita yang sebenarnya. Kebahagiaan dalam percintaan akan dapat diperolehi juga kerana kita sendiri yang akan mencorakkannya. Ia semua terpulang kepada kita samada cinta yang dicari itu hanya membawa derita atau ia bakal membawa sinar bahagia dalam hidup kita.