Saturday, October 23, 2010

Tercipta Untukku.... (Part 2) end

Memang benar dirimu sangat ku cintai dari awal pertemuanku sehingga kini ku masih rasakan perasaan ku padamu tidak pernah padam. Seandainya kau mengerti akan isi hatiku, maka harus kau hargai kerna cintaku padamu tetap utuh walau ditelan waktu. 


Namun harus ku sedari cinta tak semestinya harus memiliki. Walau seteguh mana cintaku padamu, namun hati dan perasaanmu tiada siapa boleh memaksanya. Ku sedar diriku tidak layak untuk menjadi pengganti dirinya, namun ku terus tabahkan hati mengejar dirimu dengan harapan kau akan membalas cintaku.


Tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti. Ini memang tepat dengan situasi ku kini. Aku dilamun cinta dan terus dihanyut rindu olehmu. Tapi apakan daya dikau tidak pernah memahami akan perasaan hatiku. Diriku terkapai-kapai dibawa arus dalam mencari makna cintamu. Aku keliru terdiam membisu bagaikan tidak mengenal dunia yang ku jejaki. Ku terlalu ingin mendekati dirimu walau hanya dalam mimpiku. Aku mungkin tiada apa-apa untuk diberikan kepadamu, namun cinta di dalam hatiku sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku benar-benar ingin memilikimu.

Jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan, namun kita bisa merancang segala takdir di masa hadapan. Walau ku tahu ku tak bisa memilikimu namun akan ku terus berdiri melangkah mengharungi onak duri yang penuh berliku. Begitu perit ku rasakan andai cinta tidak pernah ada pengertian. Aku terus kaku melihatmu di situ bagaikan terhalang oleh sesuatu untuk menghampirimu. Jiwaku bergelora dan terus sengsara bila melihat dikau pergi bersama angin lalu.

Aku mengerti dirimu bukanlah tercipta untukku, dan aku sedari bahawa aku tidak layak memiliki cinta dan hatimu. Aku akan pergi meninggalkan segala yang pernah kita lalui bersama. Hadirnya dirimu begitu bererti buatku, tawa dan sendu mu seringkali menjadi peneman kesepianku. Sesunguhnya aku terlalu mencintaimu, namun aku mengerti dirimu tak mungkin ku miliki. Pergilah dirimu walau kemana sahaja, kerna diriku tidak akan mengejar bayangmu lagi...

Wednesday, October 20, 2010

Tercipta Untukku.... (Part 1)

Aku mengenalinya secara tidak disangka-sangka, pertemuan ku bermula setelah ku berkenalan dengan seorang gadis yang baik dan elok rupanya. Waktu itu akan segar dalam ingatanku kerna aku memang berharap agar dipertemukan dengan seorang gadis. Perkenalan kami begitu singkat kerana masa berlalu pergi begitu sahaja. Namun aku berusaha untuk mendapatkannya supaya aku boleh bertemu dengannya lagi. Dari sudut hati ku, aku tahu dia adalah seorang gadis yang aku cari selama ini.


Hari berganti hari, perasaan ku terhadapnya semakin bertambah. Ingin sekali aku meluahkan perasaan ku ini. namun aku cuba sembunyikan buat sementara waktu. Pertemuan kedua tak mungkin ku lupa kerna di saat itu aku cukup gembira kerana dia sudi menerima pelawaanku untuk makan tengah hari bersama-sama. Aku cukup terhibur melihat tawa dan senyumannya membuatkanku terpesona dengan keayuan wajahnya.

Bulan berganti bulan, aku terlalu merinduinya kerana sudah lama tidak berjumpa. Ingin ku ucapkan rindu kepadanya namun tidak terdaya untukku mengatakannya. Aku terus menunggu agar dapat bertemu dengan insan yang aku rindui. Terasa begitu lama tidak bersua walau baru sehari aku tidak berjumpa dengannya. Kaki ku berat untuk melangkah untuk mendekati dirinya kerna aku tidak tahu apakah dia juga merindui diriku.

Tibalah saat hari yang dinanti, aku dapat menatap matanya lagi. Kegembiraan jelas terpancar di wajahku, namun cuba ku selindungkannya agar dia tidak dapat memahaminya. Suaranya ku dengar bagai tiada lagi yang mampu memecah kesunyian itu. Aku terdiam dan terpaku ketika melihat keindahan rupa yang ada pada dirinya. Begitu sempurna ciptaan dan kurniaan Allah kepada hambanya. Seandainya aku dapat memiliknya, akan ku hiasi hidupnya dengan cahaya bergemerlapan agar dirinya tidak dihimpit dengan kegelapan dan kesunyian.

Jiwaku memberontak, hatiku berkecamuk samada ingin memberitahu akan isi hatiku padanya atau memendamnya sahaja. Akhirnya aku membuat keputusan untuk meluahkan perasaanku terhadapnya. Namun, tidak semua yang kita impikan akan dapat dimiliki. Dia menyuruh aku agar berkawan dahulu dengannya kerana dia tidak dapat melupakan kekasih hatinya yang dahulu. Aku mengerti akan perasaannya, aku faham diri ini tidak layak untuk menjadi pengganti di hatinya. Namun aku tidak akan pernah berputus asa untuk memiliki cintanya.

Walaupun sudah dua kali ku ucapkan bahawa ku suka padanya, namun jawapannya masih juga sama. Aku tidak akan pernah memaksa dirinya untuk menerimaku. Aku tetap tabah dan menunggunya kerana aku benar-benar ingin memilikinya. Perasaan sebegini tidak selalunya datang dalam diriku, kerana inilah pertama kali aku rasakan aku sudah jatuh cinta. Dia terlalu istimewa buatku, apa sahaja kemahuannya akan aku turuti. Aku takut akan kehilangannya, aku terlalu menyayanginya walaupun aku tak dapat memilikinya.

Aku menunggu hari yang sesuai untuk melafazkan kalimah cinta terhadapnya, dan hari itu adalah pada hari lahirnya. Aku memberikan ia hadiah iaitu sesuatu yang dia suka "novel cinta". Namun dia masih tidak mengerti bahawa aku benar-benar mencintainya. Aku juga tidak mengerti apakah dia memahami akan perasaanku terhadapnya ataupun tidak. Aku bermain dengan perasaanku sendiri dan hanyut dibuai mimpi yang tak pasti. Seandainya dirinya tercipta untukku maka akan aku tunggu kerana aku yakin dia adalah jodohku...

Friday, September 24, 2010

Cinta Sampai Syurga!!

Percintaan adalah satu ungkapan yang paling sesuai diterjemahkan bagi setiap pasangan yang menjalinkan sesuatu perhubungan yang cukup istimewa. Cinta itu datang daripada hati yang tulus ikhlas lagi suci bagi setiap insan yang berhak merasai kenikmatannya. Cinta takkan hadir sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang merasai kewujudannya yang dinamakan cinta bertepuk sebelah tangan sahaja. Persoalannya perlukah kita melafazkan cinta kepada seseorang yang kita cintai atau sekadar memendam rasa sahaja...

Lafazkan cinta sebelum terlambat menjadi milik kita, haruskah kita berlaku jujur pada diri sendiri dan meluahkan perasaan cinta kepadanya agar dia tahu betapa kita mencintainya. Mungkin tak semua yang kita impikan selama ini akan menjadi milik kita. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada dan tidak terburu-buru membuat keputusan sehingga tidak mempedulikan akan perasaan org lain. Cuba kita fahami kehendak dan kemahuan diri yang sebenarnya sebelum kita mengorak langkah mencuba memahami akan diri orang yang kita cintai...

Perjalanan cinta seakan-akan masih jauh lagi sekiranya kita masih berpegang kepada takdir sehingga tidak berusaha untuk mengubah nasib kita. Di mana silapnya, apa yang kita patut lakukan agar cinta yang disemai akan berputik dan mekar di penghujung jalan kita nanti. Memang kita tidak dapat melawan takdir dan kehendak-Nya, akan tetapi untuk kita terus berusaha menggapai apa yang kita impikan tidak salah untuk kita buktikan hanya yang benar-benar layak akan mendapat cinta sejati itu. perjuangan kita dalam mendapatkan cinta masih belum terlambat...

Seperti yang kita sedia maklum bahawa jodoh terbahagi kepada tiga. Pertama jodoh daripada Syaitan, yang mana membuatkan kita yang saling mencintai terjerumus ke lembah maksiat lalu menghasilkan zuriat luar nikah dan kita segera berkahwin bagi menutup keaiban kita. Kedua adalah jodoh daripada Jin, yang mana cinta kita tidak berbalas akhirnya kita meminta perantaraan jin atau ubat pengasih bagi mendapatkan orang yang kita ingin miliki dengan cara yang salah lalu berkahwin dengannya. Manakala yang terakhir adalah jodoh daripada Allah iaitu kita bertemu dan saling jatuh cinta antara satu sama lain lalu kita berkahwin melalui pernikahan yang sah di sisi agama dan akhirnya mendapat cahayamata yang sempurna. Itulah yang berhak kita semua cari kerana cinta itu akan berkekalan hingga ke syurga...

Friday, July 2, 2010

Nukilan Sang Pencinta!!

Setiap kali ku melangkah mencari kebenaran cinta yang entah datang tanpa disedari tetapi pergi dengan sekilas pandangan sahaja.

Tanpa mengharap pada satu kepastian yang mungkin akan memberikan sebuah kenikmatan dalam mengecapi kebahagiaan.

Mungkin mentari tak akan bersinar lagi ketika hati yang suram mula diselubungi oleh kabus yang menebal di dalam diri.

Rintihan emosi tak lagi terhenti ketika menanti akan satu kenyataan yang bertambah perit untuk ditelan mahupun disimpan.

Kenangan yang menjelma di segenap ruang tidak mampu menghalang kepedihan hati yang penuh dengan seribu satu persoalan.

Jiwa yang kudus seakan-akan terhapus oleh dimensi masa yang utuh ketika mencari di mana letaknya cinta yang suci.

Bagaikan menentang arus dan mengejar pelangi yang tersembunyi di sebalik mentari menguatkan hasrat kembali berpadu.

Menanti resah dalam pasrah akan sebuah fenomena cinta yang tak pernah terlintas mahupun mengimpikan sesuatu yang terlalu indah.

Sentuhan menggamit naluri membangkit perasaan di hati mengiakan firasat akan setiap kejadian yang telah terjadi.

Lantaran mengharap akan sesuatu yang di luar kebiasaan mungkin tersemat sesuatu keabadian cinta yang semakin pudar.

Bekalan hidup di dunia menjadi punca mengapa insan menanti sesuatu yang tak pernah difikirkan sebelum bertindak.

Walaupun usia semakin menghambat namun kekentalan peribadi seakan membiarkan nafsu amarah kembali meratapi.

Kekerdilan diri semakin teruji sekalipun cinta tak lagi berpegang pada janji yang kian terhapus ditelan masa.

Keindahan budi menjadi pengganti diri kerana paras rupa takkan bertahan atau kekal kerana bakal dimamah usia.

Kelahiran insani memuji kebesaran Illahi betapa agungnya cinta sejati yang bakal ditempuhi dalam menguji keimanan diri.

Ganjaran diberi taktala jasad sudah tidak lagi bersebati dengan nurani lantas terpadamlah segala mimpi dan ilusi.

Mengejar sesuatu yang pasti bukanlah terletak pada kemahuan tetapi di sebaliknya tercipta sebuah keazaman kembali pulang ke jalan yang terang.

Cinta yang agung hanya kepada Illahi kerana daripadaNya kita dilahirkan dan kepadaNya kita dikembalikan.

Hanya ketaqwaan dan keimanan di hati menjadi bekalan setiap insani dalam mengharungi alam selepas duniawi.

Kejarlah kenikmatan dunia selagi terdaya dan seimbangkanlah antara cinta kepada dunia begitu juga sebaliknya.

Selagi hayat masih lagi bernyawa selagi itulah kita mampu untuk menilaikan apa yang terbaik buat kita di masa kelak.

Cinta itu adalah anugerah daripada Illahi dan setiap insan berhak memilikinya kerana segalannya telah ditakdirkan.

Thursday, July 1, 2010

Wajibkah Menyimpan Janggut bagi Lelaki?

Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,


Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.


Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:

“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:

“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.


Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki.
Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.


Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.


Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

Lawak Santai

LAWAK 1

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

LAWAK 2

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

LAWAK 3

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

LAWAK 4

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

LAWAK 5

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

LAWAK 6

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

LAWAK 7

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan,Mael
diterkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

LAWAK 8

Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

LAWAK 9

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

LAWAK 10

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang..

honkhonkhonkkkk

LAWAK 11

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki
itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

LAWAK 12

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

honkkhonkkhonkk

LAWAK 13

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

LAWAK 14

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

LAWAK 15

Pada satu masa dahulu ..
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..

Bila monyet nie mati..
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..

Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL..

Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut..
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie.hehehhehehehe

TAK PENAT KE KORANG GELAK? G BUAT KERJA LA…

Wednesday, June 30, 2010

Hansect Pest Control - Kawalan Serangga Perosak





Adakah anda mahu mengawal serangan makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut dan anai-anai? jika anda mahukannya, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Hansect Pest Control. Harga boleh dirunding dan tidak tertakluk pada terma & syarat...



Semburan Am (Semut, Lipas dan Tikus) hanya RM70 untuk residen persendirian. Tanpa terma dan syarat.
Kawalan Serangga Perosak,
Anai-anai, semut, lipas, tikus. Kaedah semburan dan drill.

Kisah tauladan untuk insan!

Suatu ketika dahulu ada seorang pemuda telah melakukan satu pembunuhan yang sangat kejam, dia telah membunuh seramai 99 orang. Namun satu hari terdetik di hatinya untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T dengan bertaubat. Pemuda itu mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan seorang tok guru di sebuah kampung, setelah menyatakan hasratnya untuk bertaubat kepada tok guru itu. Dengan nada yang tinggi, dia berkata kepada pemuda itu yang dia telah melakukan banyak dosa dan tidak mungkin Allah S.W.T menerima taubatnya itu. Lantas pemuda itu berasa marah dan geram lalu telah membunuh tok guru tersebut yang menjadikan jumlah korban di tangannya seramai 100 orang. Setelah dia melangkah keluar dari rumah tok guru itu, dia berasa insaf dan menyesal lalu keinginannya untuk berubah menjadi insan yang mulia begitu tinggi. Pemuda itu melangkah pergi ke sebuah rumah yang mana tingggalnya seorang alim ulama' lalu dia menyatakan hasratnya itu. Dengan penuh rasa hormat dan bernada lembut, alim ulama' itupun berkata yang pintu taubat untuknya masih lagi terbuka. Dengan rasa rendah diri dia melangkah keluar untuk pergi ke sebuah tempatyang suci untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Setelah tiba di separuh jalan, nyawa pemuda itu telah diambil oleh malaikat Jibril. Seterusnya datanglah dua malaik at, satu dari syurga, satu dari neraka. Mereka berbalah sesama sendiri untuk mengambil roh pemuda itu. Malaikat dari Neraka berkata, pemuda itu telah melakukan dosa yang besar dan tempat untuknya adalah di dalam neraka. Manakala malaikat dari syurga pula berkata, pemuda itu telah insaf dan ingin bertaubat, maka tempatnya adalah di Syurga. Dalam kekalutan itu, datanglah satu lagi malaikat mencadangkan agar diukur jarak dari tempat dia meninggalkan rumah alim ulama' itu tadi dengan tempat yang dia hendak pergi untuk bertaubat. Setelah diukur, nyatalah sekali jarak pemuda itu sangat hampir dengan tempat untuk dia bertaubat. Lalu dengan izin Allah S.W.T, tempat pemuda itu adalah di dalam Syurga dan bukannya Neraka...

Mengejar Mimpi!!

Impian ku bermula dengan satu perjalanan yang akan disusuli dengan ketabahan hati dan semangat perjuanganku dalam mengharungi setiap cabaran yang datang dalam sekelip mana walau dimana jua ku berada. Nafas ku hela dengan penuh bermakna mengiringi langkah mengatasi masa dan ruang di setiap penjuru hidup. Bermula dengan melangkah kaki memasuki kembali universiti yang mana pernah aku bertapak menjadi seorang insan yang bergelar mahasiswa lagi. Kali ini perjalananku masih lagi berliku kerana begitu banyak halangan dan dugaan terpaksa ku tempuh untuk meyambung pelajaranku semula. Tetapi berkat doa dan harapan yang tak pernah putus daripada kedua ibu bapaku, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kembali ke Unirazak yang mana pada waktu lalu namanya adalah Unitar. Perbezannya sekarang aku terpaksa membuat pinjaman daripada PTPTN untuk menyambung pelajaranku dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran perniagaan, berbanding dahulu aku mendapat tajaaan daripada pihak FELDA melaului kursus Diploma perakaunan selama dua tahun setengah. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan hanya kenangan yang tersemat di dalam memori. Masih segar dalam ingatanku ketika aku dicalonkan seterusnya dilantik menjadi pengerusi atau presiden PEMAAF iaitu Persatuan Mahasiswa Anak-anak FELDA. Selama setahun setengah aku mengerah keringat untuk memastikan tanggujawabku sebagai presiden yang telah diberi amanah daripada rakan-rakan seperjuanganku terlaksana. Tetapi jauh di lubuk hati, aku sendiri tidak menyedari bahawasanya aku layak menjadi pemimpin walaupun di peringkat universiti. Kerana kelebihan yang ada padaku membuatkan aku terlalu taksub dengan pangkat dan kuasa. Sehingga aku tidak sanggup melepaskan jawatanku sebagai presiden kepada yang lain, tetapi aku bertanggugjawab sepenuhnya bagi memastikan pemimpin seterusnya dapat memimpin persatuan itu jauh lebih baik daripada aku. Sekarang bila difikirkan kembali, aku berasa bertuah dan amat bersyukur sekali kerana telah diberi peluang yang begitu besar bagi aku. Namun kini, aku masih lagi tercari-cari manakah haluanku seterusnya samada aku hanya mahu belajar untuk mendapatkan segulung ijazah atau aku harus melibatkan diri lagi dalam berpersatuan. Langkahku kaku, fikiran ku buntu namun apa yang terbaik bagiku sekarang adalah menuntut ilmu kerana itulah janjiku kepada kedua orang tuaku. Tidaklah aku sanggup untuk menghampakan harapan mereka yang mahu melihat aku berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Masa berlalu dengan begitu laju bagaikan berdesup cahaya merentasi dimensi masa. Harus ku fikir dan membuat keputusan yang terbaik kerana semua itu adalah demi kebaikan ku pada masa hadapan nanti.