Wednesday, June 30, 2010

Hansect Pest Control - Kawalan Serangga Perosak





Adakah anda mahu mengawal serangan makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut dan anai-anai? jika anda mahukannya, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Hansect Pest Control. Harga boleh dirunding dan tidak tertakluk pada terma & syarat...



Semburan Am (Semut, Lipas dan Tikus) hanya RM70 untuk residen persendirian. Tanpa terma dan syarat.
Kawalan Serangga Perosak,
Anai-anai, semut, lipas, tikus. Kaedah semburan dan drill.

Kisah tauladan untuk insan!

Suatu ketika dahulu ada seorang pemuda telah melakukan satu pembunuhan yang sangat kejam, dia telah membunuh seramai 99 orang. Namun satu hari terdetik di hatinya untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T dengan bertaubat. Pemuda itu mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan seorang tok guru di sebuah kampung, setelah menyatakan hasratnya untuk bertaubat kepada tok guru itu. Dengan nada yang tinggi, dia berkata kepada pemuda itu yang dia telah melakukan banyak dosa dan tidak mungkin Allah S.W.T menerima taubatnya itu. Lantas pemuda itu berasa marah dan geram lalu telah membunuh tok guru tersebut yang menjadikan jumlah korban di tangannya seramai 100 orang. Setelah dia melangkah keluar dari rumah tok guru itu, dia berasa insaf dan menyesal lalu keinginannya untuk berubah menjadi insan yang mulia begitu tinggi. Pemuda itu melangkah pergi ke sebuah rumah yang mana tingggalnya seorang alim ulama' lalu dia menyatakan hasratnya itu. Dengan penuh rasa hormat dan bernada lembut, alim ulama' itupun berkata yang pintu taubat untuknya masih lagi terbuka. Dengan rasa rendah diri dia melangkah keluar untuk pergi ke sebuah tempatyang suci untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Setelah tiba di separuh jalan, nyawa pemuda itu telah diambil oleh malaikat Jibril. Seterusnya datanglah dua malaik at, satu dari syurga, satu dari neraka. Mereka berbalah sesama sendiri untuk mengambil roh pemuda itu. Malaikat dari Neraka berkata, pemuda itu telah melakukan dosa yang besar dan tempat untuknya adalah di dalam neraka. Manakala malaikat dari syurga pula berkata, pemuda itu telah insaf dan ingin bertaubat, maka tempatnya adalah di Syurga. Dalam kekalutan itu, datanglah satu lagi malaikat mencadangkan agar diukur jarak dari tempat dia meninggalkan rumah alim ulama' itu tadi dengan tempat yang dia hendak pergi untuk bertaubat. Setelah diukur, nyatalah sekali jarak pemuda itu sangat hampir dengan tempat untuk dia bertaubat. Lalu dengan izin Allah S.W.T, tempat pemuda itu adalah di dalam Syurga dan bukannya Neraka...

Mengejar Mimpi!!

Impian ku bermula dengan satu perjalanan yang akan disusuli dengan ketabahan hati dan semangat perjuanganku dalam mengharungi setiap cabaran yang datang dalam sekelip mana walau dimana jua ku berada. Nafas ku hela dengan penuh bermakna mengiringi langkah mengatasi masa dan ruang di setiap penjuru hidup. Bermula dengan melangkah kaki memasuki kembali universiti yang mana pernah aku bertapak menjadi seorang insan yang bergelar mahasiswa lagi. Kali ini perjalananku masih lagi berliku kerana begitu banyak halangan dan dugaan terpaksa ku tempuh untuk meyambung pelajaranku semula. Tetapi berkat doa dan harapan yang tak pernah putus daripada kedua ibu bapaku, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kembali ke Unirazak yang mana pada waktu lalu namanya adalah Unitar. Perbezannya sekarang aku terpaksa membuat pinjaman daripada PTPTN untuk menyambung pelajaranku dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran perniagaan, berbanding dahulu aku mendapat tajaaan daripada pihak FELDA melaului kursus Diploma perakaunan selama dua tahun setengah. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan hanya kenangan yang tersemat di dalam memori. Masih segar dalam ingatanku ketika aku dicalonkan seterusnya dilantik menjadi pengerusi atau presiden PEMAAF iaitu Persatuan Mahasiswa Anak-anak FELDA. Selama setahun setengah aku mengerah keringat untuk memastikan tanggujawabku sebagai presiden yang telah diberi amanah daripada rakan-rakan seperjuanganku terlaksana. Tetapi jauh di lubuk hati, aku sendiri tidak menyedari bahawasanya aku layak menjadi pemimpin walaupun di peringkat universiti. Kerana kelebihan yang ada padaku membuatkan aku terlalu taksub dengan pangkat dan kuasa. Sehingga aku tidak sanggup melepaskan jawatanku sebagai presiden kepada yang lain, tetapi aku bertanggugjawab sepenuhnya bagi memastikan pemimpin seterusnya dapat memimpin persatuan itu jauh lebih baik daripada aku. Sekarang bila difikirkan kembali, aku berasa bertuah dan amat bersyukur sekali kerana telah diberi peluang yang begitu besar bagi aku. Namun kini, aku masih lagi tercari-cari manakah haluanku seterusnya samada aku hanya mahu belajar untuk mendapatkan segulung ijazah atau aku harus melibatkan diri lagi dalam berpersatuan. Langkahku kaku, fikiran ku buntu namun apa yang terbaik bagiku sekarang adalah menuntut ilmu kerana itulah janjiku kepada kedua orang tuaku. Tidaklah aku sanggup untuk menghampakan harapan mereka yang mahu melihat aku berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Masa berlalu dengan begitu laju bagaikan berdesup cahaya merentasi dimensi masa. Harus ku fikir dan membuat keputusan yang terbaik kerana semua itu adalah demi kebaikan ku pada masa hadapan nanti.