Wednesday, June 30, 2010

Mengejar Mimpi!!

Impian ku bermula dengan satu perjalanan yang akan disusuli dengan ketabahan hati dan semangat perjuanganku dalam mengharungi setiap cabaran yang datang dalam sekelip mana walau dimana jua ku berada. Nafas ku hela dengan penuh bermakna mengiringi langkah mengatasi masa dan ruang di setiap penjuru hidup. Bermula dengan melangkah kaki memasuki kembali universiti yang mana pernah aku bertapak menjadi seorang insan yang bergelar mahasiswa lagi. Kali ini perjalananku masih lagi berliku kerana begitu banyak halangan dan dugaan terpaksa ku tempuh untuk meyambung pelajaranku semula. Tetapi berkat doa dan harapan yang tak pernah putus daripada kedua ibu bapaku, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kembali ke Unirazak yang mana pada waktu lalu namanya adalah Unitar. Perbezannya sekarang aku terpaksa membuat pinjaman daripada PTPTN untuk menyambung pelajaranku dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran perniagaan, berbanding dahulu aku mendapat tajaaan daripada pihak FELDA melaului kursus Diploma perakaunan selama dua tahun setengah. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan hanya kenangan yang tersemat di dalam memori. Masih segar dalam ingatanku ketika aku dicalonkan seterusnya dilantik menjadi pengerusi atau presiden PEMAAF iaitu Persatuan Mahasiswa Anak-anak FELDA. Selama setahun setengah aku mengerah keringat untuk memastikan tanggujawabku sebagai presiden yang telah diberi amanah daripada rakan-rakan seperjuanganku terlaksana. Tetapi jauh di lubuk hati, aku sendiri tidak menyedari bahawasanya aku layak menjadi pemimpin walaupun di peringkat universiti. Kerana kelebihan yang ada padaku membuatkan aku terlalu taksub dengan pangkat dan kuasa. Sehingga aku tidak sanggup melepaskan jawatanku sebagai presiden kepada yang lain, tetapi aku bertanggugjawab sepenuhnya bagi memastikan pemimpin seterusnya dapat memimpin persatuan itu jauh lebih baik daripada aku. Sekarang bila difikirkan kembali, aku berasa bertuah dan amat bersyukur sekali kerana telah diberi peluang yang begitu besar bagi aku. Namun kini, aku masih lagi tercari-cari manakah haluanku seterusnya samada aku hanya mahu belajar untuk mendapatkan segulung ijazah atau aku harus melibatkan diri lagi dalam berpersatuan. Langkahku kaku, fikiran ku buntu namun apa yang terbaik bagiku sekarang adalah menuntut ilmu kerana itulah janjiku kepada kedua orang tuaku. Tidaklah aku sanggup untuk menghampakan harapan mereka yang mahu melihat aku berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Masa berlalu dengan begitu laju bagaikan berdesup cahaya merentasi dimensi masa. Harus ku fikir dan membuat keputusan yang terbaik kerana semua itu adalah demi kebaikan ku pada masa hadapan nanti.

No comments:

Post a Comment