Friday, November 18, 2011

Penghujung Cintaku... (Part 2) End...

Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan, kita tidak mampu untuk melawan takdir dan biarkanlah sahaja takdir yang akan menentukan segalanya. Kadangkala kita hanya mampu tertawa bila mengenangkan kembali kisah perhubungan yang telah terjalin sekian lama.


Walaupun ia bukanlah hubungan cinta namun ikatan yang begitu akrab itu membuatkan kita terasa adakah ini realiti atau fantasi. Memang benar daripada dahulu sampai saat ini aku masih belum temui cinta sejati yang betul-betul dapat memberikanku kenikmatan dan kebahagiaan.


Cinta datang dan pergi tanpa disedari bilakah ianya berputik dan sampai masanya akan berakhir jua. Aku bingung dalam melayari hari tanpa mengenal erti cinta yang sebenar kerana yang pahit akan manis juga akhirnya dan begitu juga sebaliknya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang akan menentukan segalanya.


Tanpa perlu mengungkap kalimah cinta dikau terus pergi meninggalkanku begitu sahaja. Bagai tiada destinasi yang ingin ku jejaki akhirnya terhenti di sini setelah hati ku kau curi. Mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama tapi izinkanlah ku untuk memperbetulkan keadaan kerana ini berpunca akibat salah faham cuma.


Terus-terang aku menagaku masih sayang dan mencintai dirimu tapi aku memang tak sanggup untuk kehilanganmu. Janganlah kau katakan yang kita memang dah tak boleh berhubung lagi kerana sukar bagiku menerima keputusan yang memilukan ini.


Aku ingin kamu menemani kesunyian hari-hariku kerna mungkin ia akan berseri dan indah dengan kehadiranmu. Percayalah sayang jauh di dalam sanubariku yang ku inginkan hanyalah kamu yang selalu berada di hatiku.


Tapi aku memang tidak bisa mengubah apa yang telah kau lafazkan kerna ujaranmu betul-betul membuatkanku terluka dan kecewa. Belum sempat untukku mengenali dirimu dengan lebih mendalam lantas kau pergi meninggalkanku sendiri.


Memang semua ini akan berakhir kerana aku takkan pernah merasai percintaan dengan dirimu tapi berilah ku kesempatan untuk mengujar aku cinta padamu selalu dan izinkanlah aku untuk menatap matamu dan mengamati senyuman manis di bibirmu.


Walau aku tahu kau memang takkan pernah menerima cintaku tapi sekurang-kurangnya cukuplah bagiku jika dapat melihatmu dari jauh pandanganku. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa dirimu kerana ku amat memerlukanmu mengisi ruang kekosongan di hatiku.


Kenangan dan saat indah kita bersama akanku abadikan dalam memoriku. Aku akan jadikan dirimu sebagai inspirasi hidupku kerna kau pun tahu betapa aku amat menyayangimu. Kamu takkan pernah mengerti betapa tulus ku mencintaimu sepenuh hatiku.


Aku memang tak mengerti mengapa semua ini terjadi antara kita berdua kerna pada mulanya kita amat serasi bila bersama. Suaramu akan tetap terngiang di dalam ingatanku dan akanku merasai detik yang ku pernah luangkan bersama kamu.


Kerana salah sangka kau menyisihkan diriku setelah kian lama ku pendamkan perasaan di lubuk hatiku. Kini kau pergi dan ku tak mampu untuk memberikan jawapan yang pasti tentang perasaanku terhadapmu lagi. Dikau akan sentiasa dekat di dalam hatiku walau dirimu jauh di mata saat ku menghampirimu.


Pergilah sayang kerana dua hati kita takkan mungkin menyatu. Ku berdoa agar kau sentiasa bahagia tidak kira di mana kau berada. Semoga kau temui cinta yang suci dan kebahagiaan yang menanti dirimu. Aku turut berasa bahagia bila engkau tertawa dan gembira....









No comments:

Post a Comment